gallerygallerygallery

Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak


Mencipta suasana kerja yang harmoni

 

Aspek sosial dan interaktif gaya hidup desa tradisional diinterpretasikan semula di BDARA. Terdapat dua blok bangunan berbentuk bulan sabit yang menempatkan lapan jabatan kerajaan di dalamnya. Diterjemahkan dengan idea rumah kampung, kompleks ini direka untuk menggalakkan interaksi penghuninya dan mengilhamkan budaya kerja yang lebih terbuka, bermuafakat dan inovatif. Bumbungnya yang amat unik, terhasil daripada intepretasi moden bumbung limas Johor, membezakannya daripada bangunan lain di Kota Iskandar.

Sungguhpun aspek senibinanya mencerminkan alam semulajadi, namun pembinaannya menggunakan bahan binaan yang berkualiti tinggi bagi keteguhan dan kemampuan sesuai dengan keadaan cuaca tropika. Diteduhi kehijauan tumbuhan semulajadi negeri dan diserikan lagi dengan pancuran air yang menyamankan, suasana ini mampu membangkitkan tenaga kedamaian yang menyegarkan penghuni bangunan.

Hasil daripada pembinaan yang terancang ini terlahirlah kelompok bangunan pejabat yang menggabungkan senibina tradisional dan moden yang dapat memberi keseimbangan di antara suasana kerja dengan kehidupan.