gallerygallerygallery

Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad


Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri

 

Bangunan Pentadbiran Yang Gemilang

 

Bangunan Dewan Negeri Johor serta cabang operasinya, bangunan Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri dibina pada kedudukan utama, menghadap antara satu sama lain pada Paksi Kiblat. BDJM bukan sahaja memantau mengenai pentadbiran negeri, malah dengan kedudukannya di sini ia turut menjengah sehingga ke kawasan Selat Johor, saujana pemandangan persisiran pantai Singapura memperlihatkan panorama indah yang pastinya memukau para pelancong, pengunjung dan tetamu yang juga mungkin tiba ke Kota Iskandar melalui arah ini.

 

Kawasan yang direka sebagai “laman berkediaman” ini berkonsepkan senibina tersohor Court of the Lions di Al-Hambra. Menarik lagi ia diperindahkan dengan tiga kawasan landskap iaitu Al-Yanna, Carmen dan Laman Firdaus yang memagari sepanjang kawasan dalam dan luar bangunan, yang mana susun aturnya bertemakan taman tradisi Islam. Bangunan ini juga dibina disesuaikan dengan cuaca tempatan dengan hujan tahunan sebanyak 177.8sm dan suhu purata 38 darjah celsius sepanjang tahun. Dapat dilihat lebih banyak kawasan diperuntukkan kepada pembinaan laman berbanding pejabat.