gallerygallerygallery

Bangunan Sultan Ismail


Bangunan Dewan Negeri Johor : Parlimen Negeri

 

Simbol hak kuasa mutlak

Selaras dengan kedudukannya sebagai bangunan pihak berkuasa negeri, rekaan Bangunan Sultan Ismail diinspirasikan dari cokmar atau tongkat kebesaran tradisional yang melambangkan kedaulatan raja-raja. Senibina Moor-Andalusia untuk bangunan ini dan Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad (Pejabat Menteri Besar & Setiausaha Kerajaan Negeri) menyerlahkan keindahan prasarana, mainan antara ruang, udara dan cahaya, seakan bangunan pentadbiran pertama negeri di Bukit Timbalan, dan sebagai penghormatan kepada kuasa pentadbiran yang berterusan.

Terletak di sepanjang Paksi Kiblat, BSI merangkumi lima blok bangunan dalam kawasan seluas 6.67 hektar dengan rekaan landskap yang menonjolkan 3 laman bertema : Atrium Jauhar (taman dalaman), Laman Kasturi (taman wangian) dan Laman Bunga Rampai (taman potpuri).

Hiasan dalamannya menyerlahkan seni ukiran indah hasil simbol ekonomi silam Johor — nenas dan rempah — diselangi corak dari pengaruh keIslaman. Rekaan yang paling indah dapat dilihat di Dewan Persidangan di dalam Bangunan Utama, Jendela Langit berbentuk Nenas (Pineapple Skylight) yang terletak di atas Dewan Persidangan dan Jendela Langit Jauhar di atas lobi Atrium Jauhar yang berbentuk permata (“Jauhar” dalam Bahasa Arab bermaksud permata berharga bersempena dengan nama asal negeri Johor).