gallery

AMALAN TERBAIK KOMUNITI


Sebagai pemaju yang bertanggungjawab, kami sentiasa berpegang teguh kepada nilai-nilai peribadi dan profesional yang tinggi dalam semua interaksi dan keputusan perniagaan. Cahaya Jauhar bukan sekadar membina struktur bata dan simen, tetapi kami juga turut mencipta komuniti dan persekitaran yang membawa keharmonian dalam kehidupan seharian.

Melalui pembangunan ini kami sentiasa meneroka dan merebut peluang dengan pantas dan bijaksana, mencabar sempadan dengan menyediakan keperluan persekitaran tempat kerja dan kehidupan yang berkualiti untuk komuniti masa kini dan yang akan datang. Ini terbukti dikesemua peringkat daripada peringkat konsep sehingga bagunan siap, tenaga kerja dan bakat tempatan yang terlibat sungguh berdedikasi secara eksklusif. Pembangunan yang komprehensif ini akan memberi impak positif kepada ekonomi negara dan seterusnya menawarkan kehidupan berkualiti secara keseluruhan.

Kewujudan pusat pentadbiran di Nusajaya telah menyediakan batu loncatan untuk pembangunan lain seperti projek pembangunan bercampur Puteri Harbour, Educity (yang merangkumi Fakulti Perubatan Universiti Newcastle dan Fakulti Kejuruteraan Universiti Southampton), Marlborough College, Taman Tema Legoland, Hospital Columbia Asia dan Pusat Logistik Perindustrian Selatan.

Projek ini telah memainkan peranan penting dalam memelihara dan mempromosikan warisan dan budaya negeri Johor melalui kewujudan konsep merasai pengalaman persidangan parlimen yang julung kalinya dilaksanakan di rantau ini. Kini, Kota Iskandar menjadi contoh senibina dan pengurusan projek terulung, terurus, makmur, yang memenuhi keperluan sosio-ekonomi, rekreasi dan rohaniah merangkumi institusi-institusi pengajian tinggi, jabatan dan agensi kerajaan yang lain,warga kerja, pengunjung dan pelancong dari luar.