MAKLUMAT KORPORAT

Bersama mewujudkan masa depan

Cahaya Jauhar Sdn. Bhd. (CJSB) mempunyai matlamat untuk menjadi rakan utama pembangunan khususnya di negeri Johor dan Negara. CJSB merupakan sebuah syarikat usahasama antara UEM Land Berhad dan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor, ditubuhkan pada tahun 2004 untuk mencipta, merancang, membangun dan menyelenggara Kota Iskandar, pusat pentadbiran baru Negeri Johor. Kini kami telah melangkah jauh dan lebih dari itu untuk pembangunan masa hadapan.

Berteraskan usaha secara mampan matlamat kami adalah untuk menjadi peneraju dalam pembangunan bertaraf antarabangsa dan merentasi sempadan.

Dengan menyediakan penyelesaian berkenaan pembangunan secara menyeluruh, kami sentiasa mengambil berat segenap perspektif meliputi pihak berkepentingan, komuniti setempat sehinggalah alam sekitar dan bekerjasama dengan mereka bagi mewujudkan sebuah masa depan yang terancang seperti yang diimpikan. Gabungan padu dari warga kerja yang mempunyai pelbagai kemahiran, idea yang inovatif dan teknologi terkini menjadi pemangkin kepada kami untuk merealisasikan dan mencapai visi yang melibatkan semua pihak yang berkepentingan.

Kecemerlangan. Integriti. Perkongsian. Kemampanan.

Empat teras utama ini merupakan nilai-nilai yang menonjolkan reputasi dan kesungguhan kami terhadap industri dan membentuk jalinan kukuh dengan pelanggan kami.

 

Pemangkin perkongsian

Kepentingan perkongsian perlu diambil kira bagi merealisasikan hasrat untuk menjayakan sesebuah pembangunan. Kami sangat menghargai setiap hubungan perkongsian yang terjalin dengan pelanggan kami, anggota perlaksanaan projek, para perunding dan kesemua kontraktor. Di setiap peringkat projek, kami menumpukan perhatian penuh dan sentiasa komited untuk memberikan kualiti yang terbaik serta prestasi yang cemerlang bagi memastikan kami dapat memberi perkhidmatan yang sewajarnya kepada semua pihak.

  • Pengenalpastian projek
  • Perancangan konsep / perancangan pelan induk / perancangan pelan susun-atur
  • Kajian kebolehlaksanaan
  • Model perniagaan / struktur projek
  • Pembiayaan projek
  • Pengurusan projek
  • Perancangan projek
  • Pengurusan dan pembangunan rekabentuk
  • Pengurusan kontrak dan pembinaan
  • Penyelenggaraan dan pengurusan fasiliti termasuk pengurusan penyewaan dan pengurusan estet
  • Pengurusan pelancongan

Sebagai peneraju industri yang berpengalaman dan penuh dedikasi, melalui kecemerlangan operasi yang inovatif dan praktikal, kami yakin mampu untuk menjana impian dan visi yang akan meningkatkan taraf dan gaya hidup komuniti.

 

Membina legasi, mencipta warisan

Kesungguhan kami adalah untuk memperluaskan rangkuman penciptaan inovatif berkualiti yang meningkatkan taraf kehidupan yang tinggi di samping mengambil berat mengenai kemampanan alam sekitar dan kewangan. Dengan mengenalpasti objektif utama sesebuah projek, kami dapat menyediakan perancangan dan kaedah yang teliti untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

Di Cahaya Jauhar, kami bukan sekadar pemaju dan pembina, kami lebih selesa dikenali sebagai pencipta dan pembentuk gaya hidup, yang memberi fokus untuk meningkatkan kualiti kehidupan. Bagi mencapai matlamat ini, kami sentiasa berusaha untuk menambah nilai di setiap peringkat projek, melangkaui sempadan inovasi dan pengalaman yang direka bentuk untuk mencapai hasil yang diinginkan – pembangunan yang merealisasikan visi pelanggan kami – pembangunan ikonik, perbandaran tersendiri, landskap yang seiring dengan alam sekitar dan komuniti yang berkembang maju.

Kota Iskandar, pusat pentadbiran baru negeri Johor yang telah memenangi pelbagai anugerah, dan ini merupakan portfolio dan lambang wawasan rekabentuk urban yang inovatif.

Dari lagun ciptaan yang mengalunkan laut ke arah darat sehinggalah sistem pelupusan bahan buangan pepejal automatik yang bersepadu sepenuhnya dan yang pertama di negara ini, serta pembiayaan projek melalui kaedah sukuk bertaraf AAA, setiap peringkat dan aspek Kota Iskandar telah dipertimbangkan dengan teliti untuk mencipta penanda aras baru di Malaysia.

(Untuk maklumat mengenai inovasi di Kota Iskandar, sila klik di sini.)

o.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]