gallerygallery

Dataran Mahkota


Dataran Tengah Pusat

 

Pusat tumpuan utama

 

Terserlah dengan keindahan landskap, dataran ini menjadi pusat yang menghubungkan kesemua komponen di Kota Iskandar. Prasarananya memukau pengunjung, pelancong dan kakitangan awam dalam suasana yang santai dan ceria. Dataran Mahkota merupakan titik tumpuan Kota Iskandar dan secara simboliknya ia melambangkan kepercayaan kepada Tuhan yang satu.

 

Berlandaskan ciri-ciri perbandaran tradisional, Dataran Mahkota menonjolkan penekanan kepada kehijauan yang mendamaikan dan menyegarkan dengan hiasan pancuran air yang menenangkan. Menghubungkan dua bangunan utama iaitu Bangunan Dewan Negeri (Bangunan Sultan Ismail) dan Pejabat Menteri Besar & Setiausaha Kerajaan Negeri (Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad), ia menjadi lokasi yang ideal untuk majlis rasmi negeri. Idea-idea ini melibatkan penterjemahan lima kelompok dalam rekaannya: bukit sambutan, dataran istiadat, medan pancutan air, tembok warisan dan pentas terbuka.