gallerygallerygallerygallerygallerygallerygallery

AMALAN TERBAIK EKO


Di Cahaya Jauhar, kami menyelami setiap inci projek dengan penuh rasa hormat kepada alam sekitar. Matlamat kami adalah untuk memulihara, memperbaiki dan menerapkan ciri-ciri semulajadi di tapak pembangunan, dan sentiasa berusaha untuk memberikan pulangan kewangan yang unggul melalui kecemerlangan operasi dan tahap prestasi yang tinggi. Kami juga sentiasa menyediakan persekitaran untuk kakitangan kami merealisasikan potensi mereka sepenuhnya.

Bermula dari pecah tanah, segala langkah-langkah dan amalan telah dirancang dengan teliti untuk mengurangkan bahan buangan dan menjimatkan penggunaan sumber jaya. Komitmen kami adalah untuk mengharmonikan taman dan senibina, menggabungkan landskap kejur dan lembut untuk mendapat hasil yang sempurna. Dengan penggunaan optimum pengudaraan dan cahaya semulajadi, kami telah berjaya mengurangkan kos tenaga untuk penyelenggaraan.

Selain berfungsi sebagai landskap, taman indah kami juga memainkan beberapa peranan tambahan:

  • Pendidikan: setiap pokok dan tumbuhan dilabel dan disertakan dengan fakta menarik.
  • Pemeliharaan: spesies terancam ditanam semula.
  • Pendinginan: teduhan menawarkan terapi semulajadi
  • Kawasan hijau: menyediakan ekosistem seimbang dengan pemangkin biodiversiti untuk komuniti.

Bagi mengekalkan keindahan kawasan yang luas ini, kami menggunakan kaedah yang dihasilkan daripada alam semulajadi. Teknologi Mikrob Efektif (ME) adalah alternatif mampan yang dapat menggantikan penggunaan baja kimia. Bahan organik hasil buatan tempatan ini digunakan kerana sifatnya yang semulajadi dan mesra alam serta boleh digunakan sebagai baja, untuk kawalan haiwan perosak dan untuk rawatan kolam.

Kami sentiasa peka kepada penggunaan teknologi terkini, termaju dan mesra alam yang boleh diperolehi dari seluruh dunia yang dapat diimplimentasikan agar pelanggan kami dapat mencapai visi mereka.