gallerygallery

AMALAN TERBAIK INOVASI


Untuk memenuhi objektif dan visi pelanggan kami, kami telah terdorong untuk menerokai sempadan yang belum pernah dirintis oleh mana-mana pihak. Ia telah melahirkan penyelesaian inovatif dan rekaan yang telah mencatat pengiktirafan dalam industri.

Rangka tindakan kami untuk inovasi turut merangkumi bidang penciptaan nilai yang ketara. Ini menjadi lambang kebanggaan yang membuktikan kemampuan kami untuk mengurus projek secara cekap dan kos secara efisien bagi memastikan setiap pembangunan dapat disiapkan dengan jayanya. Sebagai contoh, sukuk yang diterbitkan oleh CJ Capital, subsidiari milik penuh Cahaya Jauhar, telah diberikan penarafan AAA, penarafan tertinggi yang ada, dengan pulangan tahunan sebanyak 4.93%.

Tidak ketinggalan, inovasi yang paling membanggakan tentunya sistem pengumpulan dan pelupusan sisa buangan pepejal tidak-intrusif bersepadu sepenuhnya dan sistem yang pertama digunakan untuk beberapa bangunan berasingan di Malaysia; Sistem Lingkaran Pendinginan Berpusat pertama di luar Kuala Lumpur, dan pelan keselamatan bersepadu tidak-intrusif yang pertama dengan menghubungkan terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah. Kesemuanya digunakan di dalam pembangunan Kota Iskandar, pusat pentadbiran baru negeri Johor.