gallerygallery

Pavilion Negeri Johor


Menuju kemajuan dan menjangkaui sempadan

 

Pada bulan Disember 2007, kami telah diberi kepercayaan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor untuk menterjemahkan Semangat Johor dalam bentuk senibina di tapak pameran Pertanian, Hortikultur & Agropelancongan Malaysia (MAHA).

Pembinaan bangunan beridentiti negeri Johor direalisasikan sebaik mungkin di pavilion berkeluasan 1,000 mps yang terletak di tapak seluas 1,360.50 mps dengan menggabungkan hiasan tradisional seperti bumbung bertebeng layar dengan mengunakan ruang hiasan moden. Hasilnya, tersergam indah bangunan 2 tingkat yang lengkap dengan ruang pameran di bahagian dalam dan luar, pejabat dan kemudahan-kemudahan lain, yang siap dibina seminggu lebih awal daripada dijadualkan pada 31 Julai 2008.

Pavilion ini telah berjaya dinobatkan dengan “Anugerah Pavilion Negeri Terbaik” di MAHA 2008, satu pencapaian yang amat membanggakan.