gallerygallerygallerygallery

Kota Iskandar


Pusat Pentadbiran Negeri Johor

 

Bermula dengan satu visi.

 

Apabila keputusan telah diambil untuk membangunkan sebuah pusat pentadbiran baru tidak seperti seumpamanya sebelum ini, sumber inspirasi untuk konsep ini adalah tidak boleh dinafikan lagi. Johor adalah negeri yang kaya dengan sejarah, budaya, warisan dan alam semulajadi yang unik di selatan Semenanjung Malaysia dan keunikan ciri-ciri ini diterapkan dalam hampir keseluruhan aspek di Kota Iskandar.

Objektifnya:

  • Untuk menyatupadukan jabatan-jabatan kerajaan Negeri dan Persekutuan di sebuah lokasi strategik
  • Untuk membangunkan prasarana mampan berkonsepkan kampus terbuka
  • Untuk mencipta persekitaran yang mesra masyarakat dan pelabur
  • Untuk mencipta destinasi lengkap sebagai hab politik, sosial, budaya dan pelancongan Johor

Setiap perincian pembangunan yang terulung ini telah diteliti oleh kami, bermula dengan konsep dan perancangan induk, sehinggalah pelaksanaan pengurusan dan penyelenggaraan fasiliti. Dengan mendapat kerjasama dari pelanggan kami, pelaksanaan menjadi mudah bagi merealisasikan visi untuk menghasilkan pusat pentadbiran kerajaan yang tersohor menggabungkan inovasi dan senibina berbudaya.

 

Kisah di sebaliknya

 

Konsep Kota Iskandar adalah berteraskan agama Islam, yang merupakan agama rasmi negara. Empat struktur utama, Bangunan Sultan Ismail, Dataran Mahkota, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad dan Masjid telah diselaraskan agar berpaksikan Kiblat, di mana masjid berada pada kedudukan utama.

Dataran Mahkota yang terletak di tengah-tengah pusat pentadbiran menjadi simbolik bagi menterjemahkan maksud Tuhan yang satu. Terpancar dari tengahnya adalah enam sub-paksi yang membawa kepada enam kelompok pejabat, melambangkan enam Rukun Iman.

Apabila dilihat dari pandangan atas, rekaan susun-aturnya kelihatan seumpama bunga yang seakan berkembang, melambangkan potensi perkembangan negeri Johor.

 

Terapi kehijauan dan mesra alam semulajadi

Secara keseluruhan, landskap sebagai pelengkap pembangunan sekitar amat menarik pandangan. Setiap kawasan hijau diilhamkan daripada senibina bangunan tersendiri. Sebagai contoh, gaya senibina Moor-Andalusia di Presint Tengah diterjemahkan ke dalam taman-taman yang dicipta berilhamkan dari konsep Al-Hambra dan Generalife di Sepanyol. Di bahagian hujung selatan pula, kehijauan tropika yang mewarnai taman-taman di pejabat Kerajaan Negeri digayakan seperti rumah tradisional Melayu Johor.

Tumbuhan dan pokok asli negeri, terutamanya spesis terancam, diberikan tumpuan dan penanaman semula di bawah program Hutan Kita. Pengunjung juga berpeluang mengenali nama pokok-pokok tersebut berdasarkan tanda nama yang dilabelkan di setiap khazanah ini.

 

Inovasi persekitaran tempat kerja

Kami telah menggabungkan pelbagai teknologi perintis di Kota Iskandar, dengan objektif mempromosikan kemampanan, mengurangkan kos tenaga dan meningkatkan penggunaan jangka panjang. Di antaranya, sistem pengumpulan sisa pepejal bersepadu sepenuhnya yang pertama di Malaysia, Sistem Lingkaran Pendinginan Berpusat pertama di luar Kuala Lumpur, dan pelan keselamatan bersepadu tidak-intrusif yang pertama dengan menghubungkan terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah. Idea ini adalah untuk mengimbangi tenaga yang digunakan dengan tenaga yang dijana daripada sumber yang boleh diperbaharui.

Inovasi juga dijayakan dalam bentuk pembiayaan projek, bagi menghasilkan Sukuk bertaraf AAA.