gallerygallery

PENERBITAN


JOHOR PADA KURUN KE-21:
PEMBANGUNAN KOTA ISKANDAR

Sejarah sedang dicipta

Pelbagai kisah dan catatan menarik di sebalik usaha membangunkan Kota Iskandar sebagai pusat pentadbiran yang baru di negeri ini dari segala aspek pembangunan Johor di abad ke-21 telah didokumentasikan di dalam sebuah buku melalui penerbitan yang berjudul
Johor pada kurun ke-21: Pembangunan Kota Iskandar.

Buku mewah berhalaman sebanyak 228 muka surat ini bermula dengan lakaran dan perjalanan visual secara menyeluruh mengenai wawasan dan strategi kerajaan negeri semasa ia melangkah ke kurun 21. Membawa pembaca menyusuri ruang-ruang dan taman-taman di pembangunan ikonik ini, penceritaan teliti mengenai pembangunan Fasa 1 Kota Iskandar menguraikan kisah di sebalik penciptaan, butiran inspirasi rekaan, konsep dan kerumitan senibina.

Diterbitkan pada tahun 2009 oleh Cahaya Jauhar Sdn Bhd, buku ini boleh diperolehi dalam dwi-bahasa, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, dan telah dilancarkan secara rasminya oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman pada 22 Mac 2010.

Buku ini boleh didapati di semua kedai buku utama di Malaysia pada harga RM265 setiap naskah, atau hantarkan pertanyaan anda ke enquiries@cahayajauhar.com.

Kunjungi Kota Iskandar sekarang – www.kotaiskandar.com untuk tempahan lawatan atas talian.